Mana-mana pelajar boleh membentuk masa hadapan
Lebih 65% golongan remaja akan bekerja dalam pekerjaan yang masih belum wujud—membina teknologi baharu, memajukan kecerdasan buatan dan mereka bentuk cara yang lebih berkesan untuk menganalisis data. Untuk berjaya dalam kerjaya merentas industri, semua pelajar memerlukan asas yang kukuh dalam kemahiran sains komputer dan berpengalaman dalam menggunakan teknologi masa kini.
Namun, penyelidikan dengan Gallup telah menunjukkan ketaksaksamaan yang kritikal dalam mengakses pendidkan komputer sains. Kami sedang berusaha untuk merapatkan jurang ini bagi memberi semua pelajar—dari sekolah rendah sehingga peringkat sarjana—alatan, kemahiran dan inspirasi supaya mereka berasa yakin untuk mengendalikan teknologi.
Penerokaan yang memberi inspirasi
Membantu semua pelajar melihat diri mereka sebagai ahli teknologi
Kami membangunkan program dan aktiviti yang menunjukkan kepada pelajar—dari pelbagai latar belakang dan minat—gambaran tentang sains komputer dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk menggunakan kuasa pengkomputeran dalam menyelesaikan masalah dunia sebenar.
Kurikulum CS First percuma Google memperkenalkan pelajar kepada pengekodan melalui tema seperti muzik, fesyen, dan reka bentuk permainan.
Meningkatkan akses dan peluang
Membina keyakinan dan kemahiran pelajar
Masih ramai pelajar yang kurang berpengetahuan tentang industri dan kerjaya yang didorong teknologi. Program kami membuka peluang kepada mana-mana pelajar untuk mempelajari kemahiran amali yang boleh mereka gunakan sekarang dan pada masa hadapan.
Mengajar sains komputer dengan sumber dan sokongan yang luwes
CS First ialah kurikulum sedia untuk diajar percuma yang boleh digunakan oleh mana-mana pendidik untuk memperkenalkan sains komputer kepada pelajar. Video pengajaran, aktiviti dan projek pengekodan membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan sambil mereka belajar.
Kami merupakan sebahagian daripada komuniti yang komited dan dihubungkan
Google menyokong organisasi pendidikan dan bukan untung dengan matlamat yang sama: untuk meningkatkan dan meluaskan peluang sains komputer untuk pelajar. Bersama-sama, kami melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk berkembang maju.